Posted by
~~Bee~~
|
Posted in
Aktiviti
|
Posted on 12:08:00 AM
Salam bidadari
Syukur sangat hari ni dapat buat satu benda yang baik. Dah lama nak buat tapi asyik ada halangan ja. tadi siap2 cepat2 nak g derma darah kat kampus aku. Anjuran Jakmas dan Hospital Labuan.
Tadi aku pegi dengan budak umah, Ekin. Semangat nak g. Kimi pesan suh makan dulu. Sememangnya aku makan. Lapar. Dah xleh tahan. Tu sebab aku bangun awal...hahaha. Dasar perut.
Lepas makan gerak g menara. Aku sebenarnya dah rasa dup dap dup dap. Maklumlah first time nak derma darah. Takut sikit la. Aku masih punya perasan takut okek. Sampai ja menara...mak aih...perut buat hal. Jadik...seperti biasa memang dah jadi rutin. Buang segala yang ada. kalau simpan nanti jadi penyakit pulak.
Lepas tu kena isi borang dan beratur. Sejam beratur baru dapat duduk depan itu doctor. Aku rasa dia pacik tadi tu bukan doctor...cuma pembantu ja. Aku rasa la...dari gaya pon dah tau.
Masa duduk aku cuba bertenang sebab kalau dok berdebar ja nanti tekanan darah jadi tinggi. Alhamdulillah lepas. Berat pun lepas gak. Time tuk uji darah. Jeng jeng jeng. Takut siot...kot darah aku 0-...huk2..sedih. Sebab kimi 0+. Aku ingatkan masa doctor tu nak ambik darah sikit kat jari punya main sakit. Aduiii...rupanya sakit lagi kena cucuk jarum. Seriud tak sakit. tapi kalau yang takut sakit tu memang la dia rasa sakit. Manja sangat tu.
Doctor tu ambik sikit darah aku masuk kat satu silinder kecik. Pas tu dia masukkan kat satu air warna biru. Apa tu ya...aku lupa mau tanya. Naa...doctor tu cakap "bagusnyaaaaaaaaa" sambil senyum2. Bermakna darah aku cukup nak di dermakan. nak tau darah kita cukup ka tak...bila di masukkan ke dalam air biru tu(bukan untuk di minum)..hahahah...darah kita tu akan tenggelam. Junior aku kesian...darah dia timbul...tak cukup darah nak di derma. Aku???Alhamdulillah sihat. tengok badan pun leh tau walaupun aku ni kecik...kekekeke.
Dah siap2 semua usung ja la bag tuk isi darah. Aku dok temankan seorang budak junior yang aku tak kenal. Aku belasah ja. buat2 kenal. Budak tu dah kali kedua menderma. dia suka sangat masa tu. Gelak2. tapi bila dah kena cucuk jarum nak masukkan bius...naa...nangis. Lagipun uratnya terlalu kecik. Doctor tak dapat nak cari. Then jarum besar tuk isi darah pegi bag pun xdapat masuk. yang dapat hanya kesakitan...kekeke.
Pas tu turn aku. Aku dah baca bismillah banyak2. Harap2 tak sakit. bukan takut sakit tapi xmau teriak kat situ...hahaha. Doctor wanita dah siap cari urat. Nampak jelas...besar lagi. Pas tu nak suntik bius lak. Aduhai...xsakit...sedap.kena gigit semut lagi sakit. Pas tu tiba masanya masuk jarum besar. Jarum tu besar macam mata pencel kayu. Besar. Pas tu masuk selamber ja. Tak sakit langsung. Lega. ni report tuk derma darah hari ini.
Nama : Rusilla Ruslin
Jenis Darah : O positive
Amaun darah : 350 cc (aku tak faham cc tu apa maksudnya. Ada yang ml)
Tekanan darah : 128/88
yang lain2 aku tak faham. Maklumlah aku bukan doctor. Ni pengalaman pertama derma darah. seronok..hehehe. KOrang2 jangan takut derma darah ek...dah besar panjang malu la lau takut...heeeee..daa